13 June 2011

High expectations

Assalammualaikum. Entri kali ini bertajuk, 'Lurus'. Lurus mengikut Pusat Rujukan Persuratan Melayu ataupun dikenali sebagai DBP, ia

1. Bersinonim dengan terus:jurus, langsung, lempang,
Berantonim dengan bengkok

2. Bersinonim dengan benar:jujur, ikhlas, tulus hati, suci,mustakim, sadik

Apa berkaitan dengan entri saya kali ini? Ia berkenaan dengan sesuatu situasi apabila si Dia terlalu lurus Si Dia tidaklah dispesifikasikan kepada sesiapa. Ia ditujukan kepada semua jantina di luar sana. Persoalannya, apakah salah si lurus? Jawapannya, si Dia tidak suka bertanya walaupun benda sekecil seperti zahra. Saya akui, ia juga pernah berlaku kepada diri saya juga. Bukan apa, kadang-kadang situasi itu akan bertambah menjadi rumit. Dari tiada apa-apa perbalahan, lalu wujudlah perbalahan yang tidak diingini. Satu perkataan yang ingin saya ungkapkan iaitu, BOSAN. Sudahlah bertimbun masalah di dalam kepala mahu dipikirkan pula, tak kan benda se'comel' ini pun mahu dipikirkan juga? Adakah ini dikaitkan dengan faktor umur ataupun faktor sekeliling? Cuba bangun dari lamunan tidur yang lena. Cuba perhatikan sekeliling dan peka dengan apa yang ada disekeliling anda. Umur makin meningkat, pemikiran mestilah makin matang tetapi .. Janganlah ulangi perkara yang sama. Terus terang, bosan.

Terasa? Sakit hati? Maaflah, ini saya. Teguran dari sini sahajalah yang hanya mampu saya lakukan. Bukan untuk menjatuhkan sesiapa cuma untuk peringatan kita bersama. Saya tidak kata saya ini sempurna, cuma tak salahkan kalau mahu memperingati antara satu sama lain? Ini adalah salah satu cara pendekatan yang berlainan. Kalau jika mahu membandingkan dengan cara pendekatan yang lain, bukankah anda akan sakit telinga dengan bebelan, mungkin disertakan bersama caci-makian? Ubahlah. Saya cuba buat Si Dia terjaga dari lena, begitu juga dengan saya. Harap-harap dengan cara pendekatan saya, anda semua sedar dari lamunan yang terhanyut dalam mimpi nan indah.

don't act like a fool.



No comments: