31 May 2011

Seperti span ..

Assalammualaikum sebagai pembuka bicara. Hm~ Dah lama dah jari-jemari aku yang lembut ini tidak menaip di teratak blog ku ini .. Cerita/Masalah yang telah dikumpul sehingga ke hari ini menjadi teman suka duka aku. Saban hari, masalah yang tidak pernah selesai membuatkan aku menjadi buntu. Letih memikirkan akan ia, akan tetapi masalah yang dipikirkan tidak pernah mendapat jalan penyelesaian.

Berat bukan kalau kita memegang sesuatu tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pihak-pihak tertentu? Tidak salah kalau kita nak membanggakan apa yang kita pegang tu tetapi ada hadnya. Aku akui, perasaan seronok bercampur beban menjadi sebahagiaan daripada diri aku. Tapi nak buat macam mana? Itu kan tugas yang harus dipikul oleh kita. Kenapa aku tajuk aku berbunyi, 'Seperti Span..'? Sebenarnya macam ini.. Span kalau diletakkan dalam baldi yang penuh dengan air, air akan meresap ke dalam span itu kan? Lalu apabila kita picit span tersebut, air akan keluar dari span tersebut kan? Umpama seperti kita melontarkan kata-kata tetapi kata-kata itu tidak boleh diguna pakai oleh penerima kerana orang yang melontarkan kata-kata itu pun belum tentu boleh terima pakai kata-katanya.

Apa itu pemimpin? Pemimpin tu bukan ke seseorang yang memegang sesuatu jawatan yang telah dipertanggungjawab oleh orang-orang yang menyokong dia serta diberikan kepercayaan untuk membimbing orang-orang bawahannya. Selain itu, pemimpin ialah seorang yang boleh mendengar pendapat orang lain serta memberikan keputusan pada waktu yang kritikal.

Akan tetapi, apa yang telah terjadi sekarang ni, tak semua melaksanakan tanggungjawab dengan jayanya. Bahkan hanya membabi buta sahaja. Tidak kiralah di sekolah, di pejabat, di universiti mahupun di mana-mana juga. Secara jujurnya, aku suka mendengar masalah dan memberikan pendapat ataupun cadangan dan terpulanglah kepada individu tersebut kalau nak turut kata-kata aku tu. Tetapi aku pantang betul kalau bila aku berkata-kata, tetapi ada saja menyampuk umpama dia tahu apa yang aku akan perkatakan nanti .. dan juga bajet good-good je ..

Tolonglah. Berfikiran secara MATANG. Susah sangat ke permintaan aku ini? Adakah aku perlu melutut di hadapan semua untuk mendengar apa yang terlubuk di hati aku ini? Perlukah sampai begitu sekali? Itu semua bullshit. Aku akui berkemungkinan cara aku cakap akan buat orang lain sakit hati ataupun sebagainya, tetapi ITU AKU. Cara penyampaian aku mungkin berbeza daripada MEREKA, tetapi ITU AKU. Lain orang, lain caranya. Jadi, terimalah cara aku kerana aku boleh terima cara penyampaian kau ketika kau berkata-kata serta hormat kau di depan. Tak susah kan nak hormati apa orang lain cakap?

Sekian, wassalam~

2 comments:

Anonymous said...

tau x pe..kan hanis?

hanys aleeya said...

HAHAHA. no komen :P