kasih, maafkan aku jikalau aku tidak sempurna. bukan aku tak cuba untuk mengubah diriku, tetapi aku cuba sedaya upaya ku untuk melakukan yang terbaik buat mu. aku cuba kasih, tetapi aku tak terdaya apabila kau meragui cinta ku. kasih, susah senang kita bersama.. tetapi mengapa kasih? mengapa kau meragui cinta ku terhadap mu? apa salah ku? apa dosa ku? aku tak mampu untuk bertahan lagi.. hanya air mata yang mengalir bagaikan gerimis di senja hari sahaja dapat mengubati sedikit rindu ku buat mu. kasih, sudah lama kau berdiam diri.. kenapa kasih? hanya gambar-gambar mu dapat melepaskan rindu ku terhadap mu..
kasih,
suara mu tidak kedengaran lagi. kenapa kasih? kenapa kau tidak mengangkat panggilan ku? setiap hari, setiap detik, setiap masa dan setiap saat, aku cuba untuk bercakap dengan kau.. tetapi tiada harapan. kasih, aku harap kau gembira di sana.. aku minta maaf jikalau aku menyakiti hati mu, tetapi sumpah kasih, sumpah.. aku tidak sengaja untuk melukai kau.. kasih, aku sayang kau.